BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, January 3, 2011

Carrot Cake

 Carrot Cake (Small) (5" size) = RM 30
Carrot Cake (8" size) = RM 48

 Carrot cake duppies with cream cheese topping

 Carrot Cake with Cream Cheese Topping

Carrot cake n cuppies...

Cuppies Lagiiii...



 Order dr my opismate untuk besday hwer lil princes..Kamalin Mastura...25 pcs RM 40...






25 pcs = RM40
16 pcs = RM 27
12 pcs = RM 20
Come with cup cake box......can request for ribbon untuk dihadiahkan kepada seseorang...

Dark Choc Cake




yg ni plak dark choc moist cake untuk my sis in law for her graduation day...Congrates sis...


Simple dark choc moist cuppies





Ni sumer antara koleksi Dark Choc Moist Cake yang telah di tempah oleh regular customer ku sepanjang tahun 2010..thanx guys...

Cuppies...

Carrot n dark choc couple cuppies...




 Carrot n dark choc couple cuppies...ni order dr Puspanita untuk majlis Khatam Quran sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak 2010 di opis ku...

Hehehe...ni sebahagian daripada koleksi cake yang telah ditempah oleh rakan2 ku...trimas to all my fren and customer yang mmeberi sokongan kat aku untuk meneruskan bisnes ni..jgn lupa repeat order yer...hihihihi

Wednesday, December 29, 2010

9 Sebab Hati Tidak Bahagia.....

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA
 
a

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :


1. Pemarah : paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.


2. Pendendam :  tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki : amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.


4. Bakhil : sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia


5. Tamak : orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar : andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)


7. Ego : ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.


8. Riak : terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..


9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulan


Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.
Wallahualam"

Tuesday, November 2, 2010

Jalan Jalan Cari Jalan

huhuhu...wif my lovely daughter @ Teluk Kemang, Port Dickson...Jalan Jalan Cari Jalan